By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.
Accept
AirKedah.comAirKedah.comAirKedah.com
  • Laman Utama
  • Lembaga Sumber Air Negeri Kedah
  • SADA
  • Hubungi Kami
Font ResizerAa
AirKedah.comAirKedah.com
Font ResizerAa
  • Laman Utama
  • Lembaga Sumber Air Negeri Kedah
  • SADA
  • Hubungi Kami
Follow US
AirKedah.com > Projek-projek loji > Projek Loji RawatanAir
Projek-projek loji

Projek Loji RawatanAir

admin
Last updated: April 25, 2024 10:01 am
By admin
Share
4 Min Read
SHARE
Rujukan Sinar Harian

ALOR SETAR – Kerajaan negeri meramalkan bahawa rizab air terawat Kedah akan meningkat kepada 15 peratus menjelang 2030 apabila kesemua lima loji rawatan air (LRA) siap sepenuhnya.


Exco Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air, dan Alam Sekitar Kedah, Mohamad Yusoff @ Munir Zakaria, menyatakan bahawa lima LRA tersebut dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2026 dan seterusnya dapat meningkatkan jumlah rizab air Kedah yang kini berada pada kosong peratus.

Rujukan Sinar Harian

Menurutnya, rizab air dijangka dapat ditingkatkan dalam tempoh tersebut disebabkan Kedah memiliki sumber air yang banyak.
“Bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pada tahun 2018 telah membuat permohonan untuk membina LRA, ketika itu disuruh melakukan kajian sebelum permohonan tersebut diserahkan kepada kerajaan Pusat.


“Pada 15 Ogos 2016, kami telah menerima kelulusan peruntukan khas bagi bekalan air untuk menangani masalah bekalan air di Kedah.”

Rujukan Berita PAS


“Pada Februari 2018, makmal kejuruteraan nilai (VE) bagi projek bekalan air Kedah di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) telah diadakan,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada hari Khamis.


Beliau menjawab soalan tambahan Rashidi Razak (Pas-Anak Bukit) mengenai perancangan kerajaan negeri untuk meningkatkan rizab air terawat Kedah yang rendah susulan penduduk yang semakin meningkat.

Mohamad Yusoff berkata, projek berkenaan sepatutnya boleh dilaksanakan selepas makmal kejuruteraan nilai selesai menyiapkan laporan.

“Mungkin kerajaan ketika itu kurang yakin dengan penilaian yang dibuat lalu disuruh dibuat kajian semula.

“Sehinggalah Menteri Besar sekarang (Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor) ambil alih pemerintahan dan memulakan projek tersebut, yang mana tarikh milik tapak pada 2 Mei 2021,” jelasnya.


Menurutnya, langkah ini diambil untuk memastikan rizab bekalan air negeri meningkat dan seterusnya memastikan bekalan air mencukupi untuk seluruh rakyat Kedah.


Pada Januari lalu, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, menyatakan bahawa Kedah tidak mempunyai simpanan bekalan air terawat kerana rizab marginnya dikesan sifar disebabkan isu tekanan air dan kekurangan infrastruktur.

Projek menaik taraf lima LRA melibatkan LRA Pelubang, Jenun Baru, Sungai Limau, Bukit Selambau, dan Lubuk Buntar.

Dalam pada itu, Mohamad Yusoff mengakui bahawa projek LRA Sungai Limau mengalami kelewatan selepas diberikan tarikh lanjutan masa pertama yang sepatutnya siap pada 25 April tahun ini.

“Kontraktor telah mengemukakan pelan pemulihan dan menunjukkan kesungguhan dengan menambah bilangan pekerja dan peralatan. Saya yakin projek ini akan siap pada tahun hadapan,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Dr. Mohd Suffian Yusoff (Pas-Bandar Baharu) mengenai tindakan diambil kerajaan negeri untuk mengatasi kadar air tidak terhasil (NRW), Mohamad Yusoff menyatakan bahawa projek baik pulih NRW mengambil masa 15 tahun dan telah dimulakan pada Januari 2023 dan dijangka berakhir pada 31 Disember 2037.

“NRW merupakan antara projek utama dan menjadi antara punca yang memberi kesan kepada rizab air. NRW Kedah tinggi iaitu pada tahap 57 peratus termasuk Langkawi.

“Kami sasarkan dalam tempoh 15 tahun berlaku pengurangan dua peratus setiap tahun dan diharap usaha ini tercapai bagi membolehkan rizab air kita meningkat, seterusnya NRW dapat dikurangkan,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) Datuk Seri Jaseni Maidinsa, menyatakan bahawa pihaknya akan membantu empat negeri termasuk Kedah yang mempunyai kadar NRW tertinggi serta kadar margin rizab air terawat yang sangat rendah.

TAGGED:KedahProjek lojiRawatan air
Share This Article
Facebook Twitter Copy Link Print
Leave a comment Leave a comment

Leave feedback about this Cancel Reply

  • Quality
  • Price
  • Service

PROS

+
Add Field

CONS

+
Add Field
Choose Image
Choose Video
Sejarah Pembinaan Empangan Di Kedah

Semasa berbincang tentang pembinaan empangan di Malaysia, tidak dapat dipisahkan sejarah dan…

Masalah Bekalan Air Di Kedah

Kita semua menyedari bahawa air adalah satu keperluan penting dalam kehidupan kita.…

Kedah Heret Pulau Pinang ke Mahkamah Berkaitan Isu Bekalan Air

Isu bekalan air antara Kedah dan Pulau Pinang kembali menjadi tumpuan apabila…

You Might Also Like

Projek-projek loji

Projek Air Negeri Kedah 2024

By HUDA NZR
Projek-projek loji

Projek-Projek Loji di Negeri Kedah

By HUDA NZR
Projek-projek loji

Loji Rawatan Air Pelubang

By HUDA NZR
Sejarah

Sungai Muda Dan Sejarahnya

By HUDA NZR
Facebook Wordpress
Air Kedah
  • Laman Utama
  • Lembaga Sumber Air Negeri Kedah
  • SADA
  • Hubungi Kami
Maklumat Lanjut
  • Newsletter
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?